Thursday, April 23, 2009

Tips penting untuk memulakan perniagaan


Buku ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 1973

Buku kecil 85 mukasurat ini mengandungi beberapa nasihat berguna kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Beberapa tips penting untuk memulakan perniagaan:
1- Jangan anggap perniagaan satu kerja yang hina.
2- Jika ingin berniaga hendaklah difikirkan supaya perniagaan menjadi usaha yang berkekalan, tidak sementara atau sambilan.
3- Jangan membiarkan diri dipengaruhi oleh sesuatu perniagaan kerana orang lain maju dalam perniagaan itu.
4- Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal.
5- Jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam.
6- Rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur, kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Lokasi perniagaan
1- Jenis perniagaan mestilah sesuai dengan tempat. Jenis perniagaan yang maju di bandar besar mungkin tidak maju di pekan kecil.
2- Di bandar besar, perniagaan yang sama patut berdekatan; tetapi di pekan kecil atau kampung, perniagaan yang sama patut berjauhan antara satu sama lain.
3- Di pasar, perniagaan yang sama jenis patut berdekatan. (sama la kes macam di shopping mall)
4- Tempat perniagaan mestilah mudah bagi pembeli datang.
5- Pada zaman orang semakin banyak menggunakan kereta seperti sekarang ini perniagaan di tempat yang mudah meletak kereta lebih baik daripada perniagaan di tengah bandar tetapi tidak ada tempat meletak kereta.
6- Tempat yang sesuai mestilah menjadi pertimbangan utama, walaupun sewanya tinggi. ( kesilapan orang kita sekarang ni sewa murah jadi keutamaan )
7- Perniagaan kecil patut dijalankan di bangunan yang juga menjadi tempat tinggal peniaga dan keluarganya.

Tun Dr M: Walau apa jenis perniagaan sekalipun, yang jelas perhitungan modal tidak boleh diabaikan. Tidak akan ada perniagaan yang kekal dan maju, jika peniaga tidak tahu modalnya yang sebenar. Perhitungan modal (costing) adalah asas perniagaan.

Tun Dr M: Perniagaan bermakna menggunakan wang untuk mencari wang. Berapa banyak wang (keuntungan) yang didapati daripada wang (modal) bergantung kepada sejauh manakah peniaga faham tentang masalah wang dan kewangan.

Tun Dr M: Persaingan ialah sebahagian daripada cara perniagaan. Ianya tidak dapat dielak. Peniaga yang menerima kenyataan ini dan bersedia untuk bertanding akan berjaya dalam usahanya. Dalam bidang perniagaan tidak ada tempat bagi orang yang tidak sanggup menghadapi persaingan

No comments: