Wednesday, September 24, 2008

Zoom Ramadhan Peringkat Negeri Perak (22 Sept 08)

Perasmian ZOOM! Ramadhan kali ini adalah merupakan perasmian yang ketiga di peringkat negeri selepas Johor dan Kelantan. Perasmian ZOOM! Ramadhan peringkat negeri Perak telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Majlis yang diadakan pada petang itu adalah merupakan anjuran Majlis Tindakan Pelancongan (MTPN) Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia. ZOOM! Ramadhan ini adalah merupakan kesinambungan kepada promosi ZOOM! Malaysia yang memfokuskan kepada elemen bulan Ramadhan sebagai sebahagian daripada produk pelancongan ibadah.

ZOOM! Ramadhan adalah merupakan satu produk pelancongan yang unik kerana aktiviti dan suasana kemeriahan bulan Ramadhan di Malaysia sedikit sebanyak berbeza dengan negara-negara lain. Ianya bagi mengalakkan para pelancong untuk mengalami dan menikmati warisan alam semulajadi dan sejarah yang unik serta sosio budaya yang pelbagai
.

Wednesday, September 17, 2008

5 Science 3

Terkenang sahabat-sahabat lama...tak tau dah pegi mana...adalah yang still contact lagi...ini gambar masa tingkatan 5 dekat MGS Ipoh...dah lama dah tahun 1994...sweet memories...miss u all


Tuesday, September 16, 2008

Suami isteri asyik bekerja anak terabai, keluarga merana

Pada suatu hari, seorang ayah pulang lewat dari pejabatnya. Kelihatan anaknya yang berusia 6 tahun menunggu penuh setia di pintu rumah.
Anak: Ayah berapa gaji ayah dalam satu jam?
Ayah: Kenapa nak tahu? (jawab ayah dalam nada marah)
Anak: Saya cuma mahu tahu, tolonglah ayah beritahu saya berapa gaji ayah dalam sejam?.

Ayah: Baiklah… gaji ayah sejam dua puluh ringgit. Puas hati?
Anak: Oh, (ujar si anak sedih), boleh tak kalau saya pinjam sepuluh ringgit?
Ayah: Kamu ini cuma tahu minta duit untuk beli permainan sahaja. Tahu tak kamu betapa susahnya ayah bekerja siang dan malam? Sudah, pergi naik atas tidur.
Anak kecil itu berlalu dengan wajah duka. Setelah si ayah kembali tenang, dia terfikir mungkin anaknya amat memerlukan wang itu untuk membeli sesuatu yang berharga. Lalu ayah menuju ke bilik anaknya.
Ayah: Kamu sudah tidur sayang?
Anak: Belum ayah?
Ayah: Maafkan ayah kerana berkasar tadi. Ayah penat betul hari ini dan tiba-tiba kamu meminta wang dari ayah. Ini sepuluh ringgit yang kamu minta. Tapi kamu hendak buat apa dengan wang itu?
Anak: Terima kasih ayah. (segera anak kecil itu mengeluarkan gumpalan wang dari dalam tabungnya). Sebelum ini duit saya tidak cukup. Setelah dicampur dengan duit ayah ia sudah mencukupi. Saya mahu beli waktu ayah satu jam. Esok ayah pulang cepat ya. Saya mahu makan malam dengan ibu dan ayah.
Si ayah memandang anaknya sayu. Selama ini dia dan isterinya terlalu kuat bekerja hingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang anaknya.

Mungkin ada yang tersentuh membaca cerita pendek ini namun realitinya pasti ada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga melupakan masa untuk bersama anak-anak. Sememangnya mencari rezeki untuk diri dan keluarga itu satu ibadah. Maka itu, melaksanakannya perlulah ada keikhlasan, mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Ia termasuklah dari segi rohani dan jasmani.

Ikuti beberapa pandangan orang ramai mengenai isu kali ini. Paparan penuh di dalam MW minggu ini. Paling kurang dua jam - Nadira Mahadi "Sebagai ibu bapa, dalam pada memberi penumpuan kepada kerja, mereka harus menyedari tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Anak-anak perlu diberi keutamaan agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Walau bagaimana sibuk dan letihnya tubuh badan setelah seharian bekerja, ibu bapa perlu memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk bersama-sama anak. Masa berkualiti ini perlulah digunakan sebaiknya agar dapat memberi kesan yang positif.
"Tidak salah jika di meja makan ketika menikmati makan malam digunakan untuk berbual mengenai aktiviti harian yang telah dilakukan dan menjadi pendengar yang baik. Selain itu, bantulah mereka menyiapkan kerja sekolah. Dengan cara ini anak-anak akan merasa ibu bapa mereka begitu menyayangi dan mengambil berat tentang diri mereka. Ibu bapa perlu bijak membezakan tanggungjawab sebagai orang tua dan pembimbing kepada anak-anak serta tanggungjawab terhadap karier. Keseimbangan antara rumah tangga dan kerjaya perlu agar tidak menjejaskan salah satu daripadanya

Monday, September 15, 2008

10 Ciri Kita Dah Tua...

1. Dulu,kalau nak membaca... dari jauh pun boleh baca.Sekarang dekat-dekat tak nampak... ..kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh... suuurrrrr!!! !!masuk.. . .!!!!.Sekarang, kalau nak
kencing,kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas... baru masuk...

3. Dulu,masa tidur menghadap muka... rapat-rapat, sekarang, berlaga punggung saje... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu,pakai baju mesti sama... sama color,sama design,sama brand... sedondon... Sekarang,"Asal kau ada baju nak pakai udah le... !"
6. Dulu,kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung... pakai tudung... ..Sekarang, "Alah... you pakai yang "wrinkle free" tu je la... .!" ( dalam hati... macam la ada orang nak tengok dia... hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok...
lembab!!)

7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang. .. tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS... "Lama lagi ker?" "Apa aje yang you cari nie... ?" AHAHAHAHA!!! !!!!
8. Dulu,hebat.. . .!!!sebulan sampai 12 kali... sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge...
9. Dulu, menunggu pun dah keras... sekarang, menunggu nak keras... .
10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke... jangan pakai apa-apa.Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga... ."Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker... ? AHAHAHAHAHA~ !!!

Persiapan Raya

Tahun nie persiapan raya ada extra sikit..coz dah ada baby...so lebih sikit preparation untuk dia...baju melayu semalam tengok ma tengah jahit...untung baru 4 bulan dah ada baju melayu...tak sempat nak ambik gambar baju tu lagi sebab dalam proses menjahit..nanti dah siap bolehla
Baju raya untuk mak, ayah, mak mertua, opah semua dah beli..baju baby pun dah beli...skarang nie tinggal kuih muih ajer..hari nie nak balik umah nak packing barang yang nak bawak balik kampung pastu nak kena bawak letak dekat umah mak..touch'n'go baru top up...keta baru services..emmm...aper lagi yek...nak kena buat check list nie almaklumlah nak berjalan jauhkan...raya tahun nie balik kedah..kampung mak dekat sik, kedah..jauh jugak tu lebih kurang 3 jam++...hai highway mesti jem giler nie..macam tahun-tahun yang lepas highway kalau menuju ke utara mesti bz giles..kalau ke KL takda masalah...so kenalah buat preparation percentage nak bukak pose dalam keta pun besar rasanya kalau nak berhenti dekat R&R macam tak boleh ajer..mesti ramai orang
Tahun nie best tu sebab dah ada baby so banyak tertumpu pada dia...kita tengok boleh tak dia buat collection tahun nie..so tahun-tahun lepas kita banyak memberi kepada family & kengkawan so tahun nie...kenalah orang pulak bagi dekat baby...hehehehehe...duit raya semalam dah tukar untuk diberi kepada anak-anak sedara & anak-anak kengkawan...
Lagi satu yang best jugak tu...sbb raya tahun nie...bukan setakat sambut raya & orang baru tapi jugak sambut besday...kira macam kombo la tiga dalam satu...hehehehehe..menarik kan
So kepada semua yang membaca blog nie di ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin
Ada kalanya telinga salah mendengar,
mata silap melihat, mulut terlanjur berbicara,
dan hati pula tersalah menduga,
ampun dan maaf dipohon jua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, September 9, 2008

Program Cenotaph Remembrance Day (13 Jun 2008)








RENUNGAN BERSAMA

THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

  • PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
  • KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
  • KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
  • KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
  • KELIMA.Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
  • KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
  • KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.
  • KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
  • KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
  • KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
  • KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
  • KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
  • KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
  • KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
  • KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
  • KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
  • KETUJUHBELAS.
    Berpeganglah kepada tiga R:
    Rasa hormat pada diri sendiri;
    Rasa hormat kepada orang lain;
    Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
  • KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
  • KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
  • KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
  • KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semalam 01 September 2008 merupakan hari pertama permulaan bulan puasa untuk tahun ini...Jadi sama-samalah kita berpuasa kalau boleh jangan ada lubang-lubang kosong diantara hari-hari puasa tersebut...yang perempuan memang sudah ada alasannya andai kata tidak cukup hari berpuasa tetapi bagi yang lelaki jangan pula sibuk membina alasan untuk tidak berpuasa..
Bila tiba bulan puasa teringkat masa zaman kanak-kanak...sungguh teruja bila tiba bulan ramadan bukan sekadar berpuasa tapi dalam kepala asyik teringat persiapan raya yang bakal disediakan oleh ibu bapa..sibuk berpikir tahun nie berapa banyak duit raya boleh 'collect'. Dipendekkan crita memang seronokla bila tiba bulan puasa...yang paling best dan tak boleh nak lupa..boleh g surau sembahyang terawih.....
Anda ada tak kenangan di bulan puasa?? mesti ada kan...part2 curi2 makan tu...mesti ada curi-curi minum pastu perut dah kenyang tapi pura-pura puasa takut nanti balik umah kena marah dengan ibu bapa....
Sekarang bila dah meningkat dewasa bulan puasa dipenuhkan dengan amal ibadat tapi untuk merasakan keriangan berhari raya agak berkurangan mungkin sebab dah besar kot...penyediaan raya pun ala kadar sahaja...dulu masa kanak2 kita terima duit tapi bila dah bekerja dah pegang duit sendiri kenalah keluarkan duit sendiri bagi duit raya pada kanak-kanak pulak...
Kuih raya buat ke atau kita buat kuih tunjuk-tunjuk ajer dekat kedai.....tak kisah la persiapan walau macamana pun cuma elakkan pembaziran...berbelanja ala kadar sahaja..jangan sampai berhutang sana berhutang sini...
Walau aper pun tahun nie..saya teruja nak menyambut hari raya sebab adanya kehadiran orang baru dalam hidup saya..tahun ni tahun pertama saya merayakan hari raya bertiga...baju melayu mak yang buat..tak sabar nak tangkap gambar dia hari raya nanti....tapi untuk umi dan abah preparation tahun nie more pada anak...baju raya tahun lepas pun ok lagi...boleh pakai masa pagi raya...takpela tahun ni kita tengok sapa yang beria anak atau ibu bapa.....
"Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghfirah...airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih & bantal tahajud! Moga mewarisi jannah! Selamat berpuasa"

Ramadan Didik Ketakwaan

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN(WARTAWAN UTUSAN)

AHLAN wasahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan Ramadan. Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.
Insya-Allah, Isnin depan umat Islam di Malaysia akan berpeluang sekali lagi menjalani ibadat puasa, salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Puasa pada sudut bahasa bermakna menahan diri. Pada syarak, puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga masuk matahari.
Ramadan pula bermaksud membakar dan panas. Dengan kata lain, Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa.
Bersyukurlah jika kita bahagia menyambut kedatangan Ramadan walaupun terpaksa menahan diri daripada makan dan minum di siang hari selama sebulan. Sekurang-kurangnya kita terdorong dalam orang yang beriman.
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman telah difardukan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa." (al-Baqarah: 183).
Ada dua kata kunci yang penting dalam ayat ini iaitu orang beriman dan takwa. Dengan kata lain, puasa itu ditujukan kepada orang yang beriman supaya beroleh takwa.
Apabila menyebut orang beriman, ia tidak meliputi semua orang Islam atau Muslim. Sebabnya tidak semua orang Muslim itu mukmin (beriman).
Menurut Saidina Ali Abi Thalib, empat ciri orang yang bertakwa itu adalah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, rasa cukup dengan yang sedikit dan bersiap sedia untuk dipanggil menemui Allah.
Bagaimanapun, takwa itu bukan datang sendiri dan tidak boleh dijual beli. Waima sebanyak mana pun harta seseorang itu, dia tidak akan mendapat takwa semata-mata kerana kekayaannya. Sebabnya, takwa itu memerlukan kita berusaha untuk mencapainya.
Ia memerlukan istiqamah dan latih tubi yang bukan sedikit. Untungnya, Ramadan menyediakan kita peluang berbuat demikian. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari).
Antara lain maksud syaitan dirantai adalah mereka menjadi lemah dalam bulan puasa. Melalui berpuasa manusia dapat mengurangkan nafsu makan dan minum. Melaluinya kita dapat meninggikan unsur rohani yang boleh mendampingkan diri dengan Allah.
Oleh yang demikian, para ibu bapa seharusnya mengambil peluang Ramadan untuk mendidik anak masing-masing melaksanakan ibadat puasa. Maklumlah bukan mudah untuk kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang selepas 11 bulan bebas berbuat demikian. Ia memerlukan bukan setakat dorongan ibu bapa tetapi lebih utama lagi adalah kepimpinan melalui teladan.
Maksudnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam berpuasa. Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW: Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Mengikut keadaan semasa, anak-anak pada usia 6 tahun kini sudah boleh diasuh agar berpuasa. Ini supaya mereka membiasakan diri dengan ibadat tersebut.
Memanglah puasa bagi kanak-kanak itu tidak wajib tetapi ingatlah kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Latih mereka berpuasa secara berperingkat iaitu sehingga pukul 12 tengah hari, kemudian sehingga pukul 3 petang dan akhirnya genap sehari.
SembahyangPada masa yang sama, jangan pula ibu bapa alpa menyuruh anak-anak menunaikan solat. Solat adalah keutamaan kerana ia tiang agama. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya dia meninggalkan agamanya. (riwayat al-Baihaqi).
Apabila kita solat maka kecenderungan melakukan maksiat termasuk bercakap bohong dapat dihindari. Maka, tidak timbul anak-anak curi-curi minum di dalam bilik air atau makan secara sembunyi. Secara tidak langsung, ia mendorong kepada usaha mencari takwa.
Ibu bapa juga perlu menanamkan kepada anak-anak supaya mengharapkan reda dan ganjaran Allah untuk puasa mereka. Bukan bermatlamat mendapat upah atau sebarang habuan.
Ramadan juga adalah 'sekolah' yang mendidik jiwa agar lebih bertakwa. Oleh itu sifat-sifat mazmumah (keji) hendaklah dihindari dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) hendaklah menjadi amalan.
Antara akhlak orang yang berpuasa ialah menjaga lidah dan mulut. Mereka juga perlu memelihara diri daripada perkara yang boleh merosakkan pahala puasa. Ini agar puasa itu tidak sia-sia dan hanya mendapat lapar serta dahaga.
Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berpuasa tidak memelihara tutur kata (maki hamun atau bercakap tidak sopan) atau melakukan perkara yang merosakkan pahala puasa, maka Allah tidak menerima lapar dan dahaganya. (riwayat Bukhari)
Puasa juga dapat menghidupkan kekuatan fikiran sebagaimana wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Katanya: "Wahai anakku, apabila engkau terlalu kenyang fikiranmu akan tidur, anggotamu malas bekerja atau beribadat kepada Allah yang menjadikan kamu, dari itu akan hilang keheningan hatimu, kehalusan pengertian untuk mengingati Allah".
Janganlah kita lepaskan kesempatan qiamullail sementelahan kita bangun bersahur. Peruntukkan sekitar 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya untuk solat tahajud dua rakaat sebelum bersahur. Lebih cantik lagi jika ibadat orang soleh ini dilakukan bersama isteri dan anak-anak.
Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa.
Balasan bagi mereka yang bertakwa ini dijelaskan menerusi ayat Allah; Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan di beberapa taman syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya, keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan. (az-Zaariyaat: 15-16).

Sejarah Jalur Gemilang

Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Mohamed Hamzah
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Jalur Gemilang dalam catatan sejarah
1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.
2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.

4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.

Fakta Jalur Gemilang

  • Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.
  • Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
  • Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.
  • 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
  • Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
  • Maksud lambang dan warna;
  • Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
  • Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
  • Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.