Friday, August 29, 2008

Isu Jabat Tangan Wanita

Oleh: Idris Musa (idris@hmetro.com.my)

Berjabat tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak.
Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan. Kebaikan daripada amalan zahir ini jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan.
Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita? Sheikul Azhar, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.
"Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan dengan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.
"Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas," katanya.
Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, sepupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulurkan tangan mereka untuk bersalam.
"Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka melakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.
"Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya," katanya.
Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi isu rumit.
Jadi menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan saintifik. "Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempengaruhinya dan adat diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.
"Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim," katanya
Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khuatir menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang berlaku godaan. Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan perempuan tua, atas alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu. Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan. Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.
Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq, bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua.Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair mengupah wanita tua untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak melihat dan membuang kutu daripada kepalanya. Malah ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.
Allah berfirman, maksudnya: "Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (an-Nuur:60)
Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di sini membabitkan yang luar daripada satu kes berkenaan. "Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan dua tangannya adalah wajib.
"Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.
"Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara majoriti pakar undang-undang Musliom, termasuk Sahabat berpendapat muka dan tangan tidak termasuk dalam larangan,"katanya.
Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 31, maksudnya:"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang Zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji mereka dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak..."
Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu"
"Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong larangan itu tetapi saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila membangkitkan nafsu atau takut fitnah," katanya.
Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Rasulullah membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu perkara bukan menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.
Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w. menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan. Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong pendapat mereka yang mendakwa berjabat tangan dilarang sama sekali.
Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain, menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit. Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Mukminin, Aisyah r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ini tidak berlaku. Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis sahih.
Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan mahram berjabat tangan. Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan dua keadaan hukum iaitu:
"Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan fitnah.
"Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan, kemudian berjabat tangan tidak diragui menjadi haram.
"Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).
"Kedua, berjabat tangan diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan perkahwinan," katanya.

Thursday, August 28, 2008

Kuiz 3P

Hari nie berlangsungnya pertandingan akhir Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Negeri Perak 2008 bertempat di Kempura Cave, Lost World of Tambun, Perak...menarik tau tempat tu...Nature...


Memang nature unik sangat dengan stalagmites & stalactites..rugi sapa masuk dalam Lost World of Tambun tak jengok ke gua nie...bukan senang tau nak tengok gua batu kapur...yang ada sekali dengan tempat rekreasi...

Sedikit informasi berkaitan dengan Kuiz Pelancongan Pelajar ini.....tujuan kuiz ni adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang industri pelancongan, membina pengetahuan & budaya melancong dalam Negara sendiri (dah habis ke menjelajah dalam Malaysia nie??) membolehkan para pelajar memperoleh maklumat berhubung dengan pelancongan domestik...pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4, sekolah menengah harian termasuk Sekolah Menengah Teknik & Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, setiap sekolah diwakili 4 orang peserta termasuk seorang peserta simpanan...Kuiz diperingkat negeri dianjurkan oleh MTPN Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri & agensi pelancongan yang berkaitan. Johan Kuiz ini akan mewakili Negeri Perak pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 11 - 15 oktober 2008 di Felda Semanchu, Johor Darul Takzim



Pemenang bagi Kuiz Pelancongan Pelajar bagi tahun 2008 SMK Convent Ipoh...tiga tahun berturut-turut

Wednesday, August 27, 2008

Pesta Flora 2008

Selama seminggu kami berkampung di Johor Bahru sempena dengan Pesta Flora 2008....terdiri daripada para pelajar SMK Convent Ipoh, para guru dan kakitangan MTPN Perak...untuk pengetahuan semua ini la pertama kali saya menjejakkan kaki di Johor Bahru...hotel yang kami menginap betul2 berdekatan dengan Woodlands..Singapore..dari hotel ajer dah nampak tapi tak berpeluang nak pegi memandangkan masa begitu terhad...


Perarakan yang bermula pukul 9.30 pagi dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Straits View menuju ke Teluk Danga.persembahan yang bermula dengan kereta berhias Terengganu dan diakhiri kereta berhias Johor. Selain itu, kereta berhias dari Shuzou dan Macau, China turut menyertai perarakan yang bertemakan ‘Warna-Warna Harmoni’ itu sambil diselangselikan dengan persembahan pancaragam sekolah. Selain perarakan kereta berhias, pesta kali kedua selepas dianjurkan di Putrajaya tahun lalu itu, turut menyediakan 36 bazar dan pameran bunga-bungaan kepada pengunjung di Teluk Danga. Kereta berhias Terengganu diumumkan sebagai Pemenang Anugerah Perdana dan Wilayah Persekutuan Labuan memenangi kategori Anugerah Khas Juri diikuti Trofi Istimewa (Pahang); Trofi Kreatif (Putrajaya); Trofi Tema (Kuala Lumpur) dan Trofi Antarabangsa (Macau dan Suzhou, China).
BERWARNA-WARNI... Kereta berhias dari Terengganu yang bertemakan hidupan laut muncul juara dengan menewaskan 16 lagi pasukan negeri lain sempena Perarakan Pesta Flora Malaysia 2008 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pada 26 Julai 2008. Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.



Walau pun penat tapi lega semuanya berjalan dengan lancar....











my baby


Ini hafiey masa baru lahir.......


25hb Ogos 08 cukup umur my baby 4 bulan...tak sangka cepat betul masa berlalu...masa baru lahir terdetik jugak dekat hati cepat la dia besar....terasa macam baru semalam je lahirkan Muhammad Khaliesh Hafiey....masa bersalin tu awal sehari orang cakap kalau kita banyak berjalan masa mengandung senang ajer nak lahirkan baby...tapi....sebaliknya...kena kuar ikut tingkap dah excited sangat nak kuar kot tu yang tak sesabar nak kuar....muhammad khaliesh hafiey selamat dilahirkan pada 25 April 2008 jam 9.15 pg....

hafiey 3 hari

Sekarang nie dah pandai mengagah...suka bersembang dengan tok ayah & mak tok...skrang nie pukul 6 pagi dah bangun kejut umi & abah...pastu ajak semua orang dalam umah tu bersembang...tapi kalau dapat menangis...dia la juara... eh..silap bukan menangis itu latihan vokal testing suara berapa kuat yang boleh...


siapa sangka...setelah 5 tahun menunggu akhirnya dapat seorang hero...tak sangka dikkkk....lama tau umi & abah tunggu...orang kata berusaha itu tangga kejayaan...tiada petua atau ilmu dipraktikkan ini semua kurniaan dari Yang Maha Esa...Rezekiii...

agak-agak iras muka sapa nie????? umi ke abah???

skrang nie hafiey dah pandai menerap habis semua tempat dia nak menjelajah....skrang nie kalau tido pun kena kepung dengan bantal takut nanti bila sedar dia dah bergolek entah kemana-mana...sedar2 dah menangis.....tapi dik..nape rambut adik tu tak berapa nak ada...tumbuh tak sekata nampak gayanya nanti kita terpaksalah trim rambut adik tu bagi elok sikit

Muhammad Khaliesh Hafiey bin Mohd Azray

(panjangkan nama dia..setelah diadjust & di edit akhirnya dapat la nama nie)...maksudnya lupa plak takpe nanti saya edit kena balik rumah tengok buku balik...semoga maksud nama kena dengan orangnya...