Monday, April 27, 2009

Lawatan Kerja di Kuching, Sarawak

Aturcara Program Lawatan Kerja ke Homestay Dan Produk Pelancongan di Kuching, Sarawak pada 24-26hb April 2009

24hb April 2009, (Jumaat)
1.45 ptg : Berkumpul di Pejabat MTPN
2.00 ptg : Bertolak ke Lapangan Terbang LCCT
5.00 ptg : Check in di kaunter tiket LCCT
7.40 mlm : Berlepas ke Kuching, Sarawak
9.40 mlm : Tiba di Kuching
10.00 mlm: Makan Malam
11.00 mlm: Check in di Hotel Grand Margherita

25hb April 2009, (Sabtu)
9.00 pg : Sarapan Pagi
10.00pg : Lawatan ke produk pelancongan di sekitar Bandaraya Kuching
12.00 tgh: Makan tengahari
1.00 ptg : Bertolak ke Perkampungan Budaya dan Rumah Panjang Sarawak di Damai Santubong
6.00 ptg : Makan Malam
7.00 mlm : Balik ke Hotel

26hb April 2009, (Ahad)
7.00 pg : Sarapan pagi
7.45 pg : Check Out
8.00 pg : Lawatan ke Homestay Kampung Annahrais di Padawan, Kuching
12.00tgh : Makan tengahari
3.00 ptg : Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
5.40 ptg : Berlepas pulang ke LCCT

Thursday, April 23, 2009

Tips penting untuk memulakan perniagaan


Buku ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 1973

Buku kecil 85 mukasurat ini mengandungi beberapa nasihat berguna kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Beberapa tips penting untuk memulakan perniagaan:
1- Jangan anggap perniagaan satu kerja yang hina.
2- Jika ingin berniaga hendaklah difikirkan supaya perniagaan menjadi usaha yang berkekalan, tidak sementara atau sambilan.
3- Jangan membiarkan diri dipengaruhi oleh sesuatu perniagaan kerana orang lain maju dalam perniagaan itu.
4- Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal.
5- Jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam.
6- Rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur, kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Lokasi perniagaan
1- Jenis perniagaan mestilah sesuai dengan tempat. Jenis perniagaan yang maju di bandar besar mungkin tidak maju di pekan kecil.
2- Di bandar besar, perniagaan yang sama patut berdekatan; tetapi di pekan kecil atau kampung, perniagaan yang sama patut berjauhan antara satu sama lain.
3- Di pasar, perniagaan yang sama jenis patut berdekatan. (sama la kes macam di shopping mall)
4- Tempat perniagaan mestilah mudah bagi pembeli datang.
5- Pada zaman orang semakin banyak menggunakan kereta seperti sekarang ini perniagaan di tempat yang mudah meletak kereta lebih baik daripada perniagaan di tengah bandar tetapi tidak ada tempat meletak kereta.
6- Tempat yang sesuai mestilah menjadi pertimbangan utama, walaupun sewanya tinggi. ( kesilapan orang kita sekarang ni sewa murah jadi keutamaan )
7- Perniagaan kecil patut dijalankan di bangunan yang juga menjadi tempat tinggal peniaga dan keluarganya.

Tun Dr M: Walau apa jenis perniagaan sekalipun, yang jelas perhitungan modal tidak boleh diabaikan. Tidak akan ada perniagaan yang kekal dan maju, jika peniaga tidak tahu modalnya yang sebenar. Perhitungan modal (costing) adalah asas perniagaan.

Tun Dr M: Perniagaan bermakna menggunakan wang untuk mencari wang. Berapa banyak wang (keuntungan) yang didapati daripada wang (modal) bergantung kepada sejauh manakah peniaga faham tentang masalah wang dan kewangan.

Tun Dr M: Persaingan ialah sebahagian daripada cara perniagaan. Ianya tidak dapat dielak. Peniaga yang menerima kenyataan ini dan bersedia untuk bertanding akan berjaya dalam usahanya. Dalam bidang perniagaan tidak ada tempat bagi orang yang tidak sanggup menghadapi persaingan

Happy Besday Hafy.....

happy besday hafy...semoga panjang umur & dimurahkan rezeki...untuk ummi & abah..hehehehe..
actually besday hafy 25hb tapi dipercepatkan ke 18hb coz family reunion so sempat la buat doa selamat sikit..so memandangkan ummi nak kena g sarawak 25hb so terpaksalah kita percepatkan tarikh besday adik...hope u enjoy sayang..syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan cahaya mata untuk ummi & abah..i luv u so much sayang...
pejam celik pejam celik hafy dah cukup setahun..rasa cepat sangat masa berlalu..skrang adik dah pandai berjalan..dah dapat kaki habis semua tempat nak dijelajah...sorry besday adik nanti ummi ada kat sarawak..nak wat camna ada keje yang perlu diselesaikan.......aper2 pun.....
HAPPY BESDAY TO U...HAPPY BESDAY TO U...HAPPY BESDAY TO HAFY..HAPPY BESDAY TO U...LUV U..MUUUAAAHHHH!!!!

Thursday, April 16, 2009

New Born Baby

Semalam 15.04.2009...bertempat di Pusat Rawatan Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak...pukul 9.41 pagi...lahirla seorang puteri yang masih belum diberikan nama (tengah dok berpikir nak bubuh nama aper)...ini anak saudara yang ke-9...baby girl berat 2.6kg..anak wadi yang kedua..1st girl & 2nd pun girl..

Wednesday, April 15, 2009

Medan, Parapat & Berastagi.........

Bertolak pada 9hb April 2009 - 12 April 2009

Bas pukul 2.00 petang, flight pukul 7mlm & sampai medan pun 7mlm (waktu medan)
naik dari Airport Penang...

1st day stay dekat medan
2nd day ke parapat & stay dekat parapat
3rd day..pusing samosir island, tomok, ke berastagi & stay dekat berastagi
4th day terus ke medan...shopping & terus naik flight pukul 4.50ptg

(emmm...tak sempat nak edit lagi)..so tengok gambar la dulu..