Perarakan yang bermula pukul 9.30 pagi dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Straits View menuju ke Teluk Danga.persembahan yang bermula dengan kereta berhias Terengganu dan diakhiri kereta berhias Johor. Selain itu, kereta berhias dari Shuzou dan Macau, China turut menyertai perarakan yang bertemakan ‘Warna-Warna Harmoni’ itu sambil diselangselikan dengan persembahan pancaragam sekolah. Selain perarakan kereta berhias, pesta kali kedua selepas dianjurkan di Putrajaya tahun lalu itu, turut menyediakan 36 bazar dan pameran bunga-bungaan kepada pengunjung di Teluk Danga. Kereta berhias Terengganu diumumkan sebagai Pemenang Anugerah Perdana dan Wilayah Persekutuan Labuan memenangi kategori Anugerah Khas Juri diikuti Trofi Istimewa (Pahang); Trofi Kreatif (Putrajaya); Trofi Tema (Kuala Lumpur) dan Trofi Antarabangsa (Macau dan Suzhou, China).
Walau pun penat tapi lega semuanya berjalan dengan lancar....
No comments:
Post a Comment