Wednesday, October 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Wednesday, September 24, 2008
Zoom Ramadhan Peringkat Negeri Perak (22 Sept 08)
Majlis yang diadakan pada petang itu adalah merupakan anjuran Majlis Tindakan Pelancongan (MTPN) Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia. ZOOM! Ramadhan ini adalah merupakan kesinambungan kepada promosi ZOOM! Malaysia yang memfokuskan kepada elemen bulan Ramadhan sebagai sebahagian daripada produk pelancongan ibadah.
ZOOM! Ramadhan adalah merupakan satu produk pelancongan yang unik kerana aktiviti dan suasana kemeriahan bulan Ramadhan di Malaysia sedikit sebanyak berbeza dengan negara-negara lain. Ianya bagi mengalakkan para pelancong untuk mengalami dan menikmati warisan alam semulajadi dan sejarah yang unik serta sosio budaya yang pelbagai.
Wednesday, September 17, 2008
5 Science 3
Tuesday, September 16, 2008
Suami isteri asyik bekerja anak terabai, keluarga merana
Anak: Ayah berapa gaji ayah dalam satu jam?
Ayah: Kenapa nak tahu? (jawab ayah dalam nada marah)
Anak: Saya cuma mahu tahu, tolonglah ayah beritahu saya berapa gaji ayah dalam sejam?.
Ayah: Baiklah… gaji ayah sejam dua puluh ringgit. Puas hati?
Anak: Oh, (ujar si anak sedih), boleh tak kalau saya pinjam sepuluh ringgit?
Ayah: Kamu ini cuma tahu minta duit untuk beli permainan sahaja. Tahu tak kamu betapa susahnya ayah bekerja siang dan malam? Sudah, pergi naik atas tidur.
Anak kecil itu berlalu dengan wajah duka. Setelah si ayah kembali tenang, dia terfikir mungkin anaknya amat memerlukan wang itu untuk membeli sesuatu yang berharga. Lalu ayah menuju ke bilik anaknya.
Ayah: Kamu sudah tidur sayang?
Anak: Belum ayah?
Ayah: Maafkan ayah kerana berkasar tadi. Ayah penat betul hari ini dan tiba-tiba kamu meminta wang dari ayah. Ini sepuluh ringgit yang kamu minta. Tapi kamu hendak buat apa dengan wang itu?
Anak: Terima kasih ayah. (segera anak kecil itu mengeluarkan gumpalan wang dari dalam tabungnya). Sebelum ini duit saya tidak cukup. Setelah dicampur dengan duit ayah ia sudah mencukupi. Saya mahu beli waktu ayah satu jam. Esok ayah pulang cepat ya. Saya mahu makan malam dengan ibu dan ayah.
Si ayah memandang anaknya sayu. Selama ini dia dan isterinya terlalu kuat bekerja hingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang anaknya.
Mungkin ada yang tersentuh membaca cerita pendek ini namun realitinya pasti ada ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja hingga melupakan masa untuk bersama anak-anak. Sememangnya mencari rezeki untuk diri dan keluarga itu satu ibadah. Maka itu, melaksanakannya perlulah ada keikhlasan, mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Ia termasuklah dari segi rohani dan jasmani.
Monday, September 15, 2008
10 Ciri Kita Dah Tua...
2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh... suuurrrrr!!! !!masuk.. . .!!!!.Sekarang, kalau nak
kencing,kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas... baru masuk...
3. Dulu,masa tidur menghadap muka... rapat-rapat, sekarang, berlaga punggung saje... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke,handbag ke..),sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu,pakai baju mesti sama... sama color,sama design,sama brand... sedondon... Sekarang,"Asal kau ada baju nak pakai udah le... !"
6. Dulu,kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung... pakai tudung... ..Sekarang, "Alah... you pakai yang "wrinkle free" tu je la... .!" ( dalam hati... macam la ada orang nak tengok dia... hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok...
lembab!!)
7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang. .. tunggu dalam kereta jer.Kejap-kejap SMS... "Lama lagi ker?" "Apa aje yang you cari nie... ?" AHAHAHAHA!!! !!!!
8. Dulu,hebat.. . .!!!sebulan sampai 12 kali... sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge...
9. Dulu, menunggu pun dah keras... sekarang, menunggu nak keras... .
10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke... jangan pakai apa-apa.Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga... ."Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker... ? AHAHAHAHAHA~ !!!
Persiapan Raya
Tuesday, September 9, 2008
RENUNGAN BERSAMA
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
- PERTAMA.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
- KEDUA.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
- KETIGA.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
- KEEMPAT.Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
- KELIMA.Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
- KEENAM.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
- KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.
- KELAPAN.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
- KESEMBILAN.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
- KESEPULUH.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
- KESEBELAS.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
- KEDUABELAS.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
- KETIGABELAS.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
- KEEMPATBELAS.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
- KELIMABELAS.Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
- KEENAMBELAS.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
- KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda - KELAPANBELAS.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
- KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
- KEDUAPULUH.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
- KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Tuesday, September 2, 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ramadan Didik Ketakwaan
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN(WARTAWAN UTUSAN)
AHLAN wasahlan ya Ramadan. Selamat datang bulan Ramadan. Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.
Insya-Allah, Isnin depan umat Islam di Malaysia akan berpeluang sekali lagi menjalani ibadat puasa, salah satu daripada rukun Islam yang lima.
Puasa pada sudut bahasa bermakna menahan diri. Pada syarak, puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga masuk matahari.
Ramadan pula bermaksud membakar dan panas. Dengan kata lain, Ramadan membakar dan menghapuskan dosa orang yang berpuasa.
Bersyukurlah jika kita bahagia menyambut kedatangan Ramadan walaupun terpaksa menahan diri daripada makan dan minum di siang hari selama sebulan. Sekurang-kurangnya kita terdorong dalam orang yang beriman.
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman telah difardukan ke atas kamu berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa." (al-Baqarah: 183).
Ada dua kata kunci yang penting dalam ayat ini iaitu orang beriman dan takwa. Dengan kata lain, puasa itu ditujukan kepada orang yang beriman supaya beroleh takwa.
Apabila menyebut orang beriman, ia tidak meliputi semua orang Islam atau Muslim. Sebabnya tidak semua orang Muslim itu mukmin (beriman).
Menurut Saidina Ali Abi Thalib, empat ciri orang yang bertakwa itu adalah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, rasa cukup dengan yang sedikit dan bersiap sedia untuk dipanggil menemui Allah.
Bagaimanapun, takwa itu bukan datang sendiri dan tidak boleh dijual beli. Waima sebanyak mana pun harta seseorang itu, dia tidak akan mendapat takwa semata-mata kerana kekayaannya. Sebabnya, takwa itu memerlukan kita berusaha untuk mencapainya.
Ia memerlukan istiqamah dan latih tubi yang bukan sedikit. Untungnya, Ramadan menyediakan kita peluang berbuat demikian. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: Apabila masuk bulan Ramadan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan. (riwayat Bukhari).
Antara lain maksud syaitan dirantai adalah mereka menjadi lemah dalam bulan puasa. Melalui berpuasa manusia dapat mengurangkan nafsu makan dan minum. Melaluinya kita dapat meninggikan unsur rohani yang boleh mendampingkan diri dengan Allah.
Oleh yang demikian, para ibu bapa seharusnya mengambil peluang Ramadan untuk mendidik anak masing-masing melaksanakan ibadat puasa. Maklumlah bukan mudah untuk kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang selepas 11 bulan bebas berbuat demikian. Ia memerlukan bukan setakat dorongan ibu bapa tetapi lebih utama lagi adalah kepimpinan melalui teladan.
Maksudnya, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam berpuasa. Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW: Setiap anak yang lahir itu ibarat kain putih, ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Mengikut keadaan semasa, anak-anak pada usia 6 tahun kini sudah boleh diasuh agar berpuasa. Ini supaya mereka membiasakan diri dengan ibadat tersebut.
Memanglah puasa bagi kanak-kanak itu tidak wajib tetapi ingatlah kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'. Latih mereka berpuasa secara berperingkat iaitu sehingga pukul 12 tengah hari, kemudian sehingga pukul 3 petang dan akhirnya genap sehari.
SembahyangPada masa yang sama, jangan pula ibu bapa alpa menyuruh anak-anak menunaikan solat. Solat adalah keutamaan kerana ia tiang agama. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW: Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan sembahyang sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya dia meninggalkan agamanya. (riwayat al-Baihaqi).
Apabila kita solat maka kecenderungan melakukan maksiat termasuk bercakap bohong dapat dihindari. Maka, tidak timbul anak-anak curi-curi minum di dalam bilik air atau makan secara sembunyi. Secara tidak langsung, ia mendorong kepada usaha mencari takwa.
Ibu bapa juga perlu menanamkan kepada anak-anak supaya mengharapkan reda dan ganjaran Allah untuk puasa mereka. Bukan bermatlamat mendapat upah atau sebarang habuan.
Ramadan juga adalah 'sekolah' yang mendidik jiwa agar lebih bertakwa. Oleh itu sifat-sifat mazmumah (keji) hendaklah dihindari dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) hendaklah menjadi amalan.
Antara akhlak orang yang berpuasa ialah menjaga lidah dan mulut. Mereka juga perlu memelihara diri daripada perkara yang boleh merosakkan pahala puasa. Ini agar puasa itu tidak sia-sia dan hanya mendapat lapar serta dahaga.
Ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang berpuasa tidak memelihara tutur kata (maki hamun atau bercakap tidak sopan) atau melakukan perkara yang merosakkan pahala puasa, maka Allah tidak menerima lapar dan dahaganya. (riwayat Bukhari)
Puasa juga dapat menghidupkan kekuatan fikiran sebagaimana wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Katanya: "Wahai anakku, apabila engkau terlalu kenyang fikiranmu akan tidur, anggotamu malas bekerja atau beribadat kepada Allah yang menjadikan kamu, dari itu akan hilang keheningan hatimu, kehalusan pengertian untuk mengingati Allah".
Janganlah kita lepaskan kesempatan qiamullail sementelahan kita bangun bersahur. Peruntukkan sekitar 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya untuk solat tahajud dua rakaat sebelum bersahur. Lebih cantik lagi jika ibadat orang soleh ini dilakukan bersama isteri dan anak-anak.
Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa.
Balasan bagi mereka yang bertakwa ini dijelaskan menerusi ayat Allah; Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan di beberapa taman syurga dengan mata air-mata air terpancar padanya, keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang melakukan kebaikan. (az-Zaariyaat: 15-16).
Sejarah Jalur Gemilang
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.
4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.
Fakta Jalur Gemilang
- Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.
- Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.
- Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.
- 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.
- Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
- Maksud lambang dan warna;
- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
Friday, August 29, 2008
Isu Jabat Tangan Wanita
Thursday, August 28, 2008
Kuiz 3P
Memang nature unik sangat dengan stalagmites & stalactites..rugi sapa masuk dalam Lost World of Tambun tak jengok ke gua nie...bukan senang tau nak tengok gua batu kapur...yang ada sekali dengan tempat rekreasi...
Sedikit informasi berkaitan dengan Kuiz Pelancongan Pelajar ini.....tujuan kuiz ni adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang industri pelancongan, membina pengetahuan & budaya melancong dalam Negara sendiri (dah habis ke menjelajah dalam Malaysia nie??) membolehkan para pelajar memperoleh maklumat berhubung dengan pelancongan domestik...pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4, sekolah menengah harian termasuk Sekolah Menengah Teknik & Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, setiap sekolah diwakili 4 orang peserta termasuk seorang peserta simpanan...Kuiz diperingkat negeri dianjurkan oleh MTPN Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri & agensi pelancongan yang berkaitan. Johan Kuiz ini akan mewakili Negeri Perak pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 11 - 15 oktober 2008 di Felda Semanchu, Johor Darul Takzim
Pemenang bagi Kuiz Pelancongan Pelajar bagi tahun 2008 SMK Convent Ipoh...tiga tahun berturut-turut
Wednesday, August 27, 2008
Pesta Flora 2008
Perarakan yang bermula pukul 9.30 pagi dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Straits View menuju ke Teluk Danga.persembahan yang bermula dengan kereta berhias Terengganu dan diakhiri kereta berhias Johor. Selain itu, kereta berhias dari Shuzou dan Macau, China turut menyertai perarakan yang bertemakan ‘Warna-Warna Harmoni’ itu sambil diselangselikan dengan persembahan pancaragam sekolah. Selain perarakan kereta berhias, pesta kali kedua selepas dianjurkan di Putrajaya tahun lalu itu, turut menyediakan 36 bazar dan pameran bunga-bungaan kepada pengunjung di Teluk Danga. Kereta berhias Terengganu diumumkan sebagai Pemenang Anugerah Perdana dan Wilayah Persekutuan Labuan memenangi kategori Anugerah Khas Juri diikuti Trofi Istimewa (Pahang); Trofi Kreatif (Putrajaya); Trofi Tema (Kuala Lumpur) dan Trofi Antarabangsa (Macau dan Suzhou, China).
BERWARNA-WARNI... Kereta berhias dari Terengganu yang bertemakan hidupan laut muncul juara dengan menewaskan 16 lagi pasukan negeri lain sempena Perarakan Pesta Flora Malaysia 2008 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru pada 26 Julai 2008. Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Walau pun penat tapi lega semuanya berjalan dengan lancar....
my baby
Ini hafiey masa baru lahir.......
25hb Ogos 08 cukup umur my baby 4 bulan...tak sangka cepat betul masa berlalu...masa baru lahir terdetik jugak dekat hati cepat la dia besar....terasa macam baru semalam je lahirkan Muhammad Khaliesh Hafiey....masa bersalin tu awal sehari orang cakap kalau kita banyak berjalan masa mengandung senang ajer nak lahirkan baby...tapi....sebaliknya...kena kuar ikut tingkap dah excited sangat nak kuar kot tu yang tak sesabar nak kuar....muhammad khaliesh hafiey selamat dilahirkan pada 25 April 2008 jam 9.15 pg....
Sekarang nie dah pandai mengagah...suka bersembang dengan tok ayah & mak tok...skrang nie pukul 6 pagi dah bangun kejut umi & abah...pastu ajak semua orang dalam umah tu bersembang...tapi kalau dapat menangis...dia la juara... eh..silap bukan menangis itu latihan vokal testing suara berapa kuat yang boleh...
siapa sangka...setelah 5 tahun menunggu akhirnya dapat seorang hero...tak sangka dikkkk....lama tau umi & abah tunggu...orang kata berusaha itu tangga kejayaan...tiada petua atau ilmu dipraktikkan ini semua kurniaan dari Yang Maha Esa...Rezekiii...
agak-agak iras muka sapa nie????? umi ke abah???
skrang nie hafiey dah pandai menerap habis semua tempat dia nak menjelajah....skrang nie kalau tido pun kena kepung dengan bantal takut nanti bila sedar dia dah bergolek entah kemana-mana...sedar2 dah menangis.....tapi dik..nape rambut adik tu tak berapa nak ada...tumbuh tak sekata nampak gayanya nanti kita terpaksalah trim rambut adik tu bagi elok sikit
Muhammad Khaliesh Hafiey bin Mohd Azray
(panjangkan nama dia..setelah diadjust & di edit akhirnya dapat la nama nie)...maksudnya lupa plak takpe nanti saya edit kena balik rumah tengok buku balik...semoga maksud nama kena dengan orangnya...